Sigmarian

Sigmarian

Friday, 22 March 2013

Kekuatan Dalamanku~

Saat keputusan Spm keluar, aku sedikit terpaku dengan apa yang aku lihat dan tidak mampu berkata-kata buat beberapa ketika. Aku keluar terus keluar dari tempat aku mengambil keputusan tersebut. Memandang suasana menghijau di sekeliling sekolah agar diriku dapat dikawal. Aku sememangnya tidak menjangkakan keputusan yang telah aku terima sedangkan mahu tidak mahu menerimanya itulah takdir diriku yang tidak mampu mengubah nasib.

Terdapat segelintir sahabat yang mencari aku di alam maya. Meminta nasihat bagaimana hendak mengawal perasaan kecewa mereka selepas mendapat keputusan yang orang ramai pandang sebagai tidak cemerlang. Sedangkan hakikatnya, mereka yang mengadu kepadaku tidak sedar atas keputusan yang telah aku terima yang senasib dengan mereka. Ada pula sebahagian daripada mereka, keputusan cemerlang, tetapi tidak berpuas hati kerana tidak mendapat straight A's.

Kecewa teramat-amat.

Seakan-akan dunia telah tertutup, dan menjadi sempit buatku. Malah, wujud pertanyaan di hulu benak hatiku, "Mengapa Allah buat begini kepadaku?".

Kemungkinan, keputusan yang buruk, yang mengecewakan, yang tidak menjadi sasaran kita itu, kita perolehi kerana sikap kita yang lalu, yang belum kita usaha untuk diampunkan.

Bukan salah Allah SWT sebenarnya, salah kita!


“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.” Surah Asy-Syuura ayat 30.

Spm tidak lebih hanyalah teguran Allah SWT buat kita. Tidakkah kita perhatikan???

Kepada rakan-rakan yang senasib denganku, ini nasihatku agar sama-sama kita renung bersama...

Jangan tanam dalam diri, kalau dapat keputusan yang mengecewakan, itu tandanya Allah tidak sayang kepda kita. TIDAK!

Bahkan, keputusan yang tidak cemerlang itulah menunjukkan Allah SWT masih sayang kepada kita.

Kita yg banyak berdosa, tidak dibiarkan cemerlang begitu sahaja, agar kita mampu mmperbaiki diri kita. Kalau tidak diberikan hentakan yang kuat ini, mungkin jadilah kita hambaNya yang ingkar sentiasa, tanpa mmpunyai peluang untuk tersedar dari alpa.

Dan mungkin juga, kita ini tidak banyak dosa, tetapi keputusan tetap mengecewakan. Itulah UJIAN. Ujian adalah untuk peningkatan, tapisan. Allah ingin kita meningkat satu level lagi dalam hubungan kita dengan Dia.

Maka jangan kecewa.

Pandang secara rasional.

Kehidupan belum berakhir.

Kita pandang semula. Semoga Allah mmberikan kekuatan kepada kita. Amin..

Sehari berlalu, menghabiskan masa di rumah secara berseorangan,
Segala pertanyaan dan ketidakpuashatianku ini telah terjawab dengan dorongan serta bimbingan daripada ibu bapaku, guru kelasku, Pn. Noraihan bt. Abdul Wahab yang aku tidak membalas mesejnya tetapi ku tetap merenung dan memikirkan setiap kata-kata yng telah diberikan kepadaku serta rakan-rakanku.

Kini, hariku bertambah ceria dan mampu mengecas semula hati yang sebelum ini punah untuk melakukan aktiviti harian seperti biasa.

Kepada rakan-rakanku, selepas ini, kita semua akan berpisah dengan membawa haluan masing-masing dengan keputusan Spm yang diterima. Aku mendoakan korang semua menjadi yang terbaik dan berjaya dalam membawa haluan masing-masing Semoga cita-cita korang menjadi realiti dan bukanlah  hanya ilusi.
Doakan jua kejayaanku kelak.

Kesimpulannya, segala yang diberikan Allah kepada kita(nikmat/musibah), adalah ujian semata-mata. Hadapi ujianNya dengan hati yang terbuka dan cari jalan keluar serta hadapinya untuk mendapatkan redha Allah SWT.

Akhirnya, aku ingin meminta maaf kepada sesiapa sahaja yang telah aku lukakan hatinya samaada sengaja ataupun tidak sengaja, zahir ataupun batin. Dan juga terima kasih kepada semua rakan-rakan, guru-guru serta semua yang telah membantu aku untuk terus berjuang bagi menjalani hidup yang penuh cabaran ini.

Terima kasih kerana membaca!! Zakireen Boleh!!!! :D



No comments:

Post a Comment